Bluebery Vanilla Layered Cake






Salam sejahtera..bertemu lagi setelah sekian lama tidak meng'update' blog.  Kali ni Sue Bee nak kongsikan bersama kek lapis mudah dibuat, bahan-bahan yang cukup senang dicari dan langkah2 mudah dalam memulakan kerja2 membuat adunan kek..(apa merepek ke?..hahaha!!!)..Kek Lapis Blueberry Vanila.  Disebabkan kat negara kita ni payahnya nak carik blueberry segar, kita guna alternatif lain iaitu dengan menggunakan pes blueberry.  Rasa dan warnanya tidak jauh berbeza..Kek Lapis Blueberry Vanilla ada rasa agak kemasaman sedikit (tapi sedap)..jika nak tambah jem blueberry pun boleh tapi dalam anggaran 60gm saja..Untuk resepi kek lapis mudah ni, Sue Bee tak bubuh jem.  Jadi terpulang pada citarasa memasing bagaimana nak mempelbagaikan bahan-bahannya..

250gm Buttercup
6 biji telur Gred A
100gm gula halus
120gm tepung Hong Kong
160gm susu pekat manis
80gm Horlicks asli
80gm seri kaya
1 sudu makan ovalette
3 sudu teh pes blueberry
1 sudu teh esen vanilla
Sedikit pewarna ungu
*Panaskan oven 120ºC sebelum membuat adunan kek dan lengserkan loyang 6 inci.

1.      Pukul Buttercup, gula dan ovalette hingga putih.
2.    Masukkan telur satu-satu sambil terus dipukul hingga sebati.
3.    Masukkan susu pekat manis, Horlicks, serikaya dan tepung Hong Kong.
4.    Gaul sebati hingga adunan tidak berketul dan gebu.
5.    Bahagikan kepada 2 bahagian sama rata, warnakan satu bahagian dengan ungu dan masukkan pes blueberry.  Bahagian satu lagi dicampurkan esen vanilla.
6.    Bakar selapis – selapis (selangselikan atau terpulang pada cita rasa memasing) hingga adunan habis.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih