Tauhu Goreng Rangup

Salam sejahtera.  Entah kali ke berapa nak tayang tauhu goreng rangup yang sedap ni.  Ni bukan foto lama dalam entry sebelum ni,  ya.  Tak mo taip panjang.  Ni resepi untuk salutan tauhu goreng rangup cik ahkak. Sukatan tu cik ahkak tak dapat nak bagi sebab semua main campur sukati.

Tauhu lembut,  potong kiub kecil
Telur,  pukul sedikit

Bahan salutan
Bread crumbs warna oren tu..
Tepung gandum
Serbuk lada putih
Serbuk lada hitam
Serbuk cili
Garam
Campur semua bahan salutan dalam mangkuk dan sebatikan.
Salut kiub tauhu dengan tepung gandum, celur dalam telur dan salut dengan bahan salutan tadi.  Nampak kerja ni macam remeh, susah dan agak 'kotor', sila abaikan.. Huehuehueee!!!
Goreng dalam minyak yang cukup panas hingga garing dan toskan.  Sekian..